Rabu, 25 Mei 2016

Khasiat Kacip Fatimah


Herba kacip fatimah boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia.

Tiada kemudaratan malah pada yang masih perawan, jika diamalkan sejak awal lagi ia adalah salah satu usaha pada pemuliharaan dalaman tubuh badan baik dan cukup menyihatkan.

Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.

Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :

1.Mencegah pembiakkan sel prakanser

2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen

3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang

4. Melewatkan proses penuaan.

5. Masalah keputihan

6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.

7. Melancarkan proses kelahiran bayi.

8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.

9. Membantu dalam pengecutan rahim

10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.

11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.

13. Gonorrhea dan cirit birit.

14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..

15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak

Khasiat Kacip Fatimah terkenal di seluruh dunia bagi kegunaan wanita sebelum dan selepas bersalin, namun ia masih perlu banyak kajian dan menjalani ujian makmal bagi membolehkan perladangan secara komersil dibangunkan dalam penghasilan bahan mentah bagi tujuan perusahaan farmaseutikal. Pada masa ini, beberapa projek kendaliannya menyentuh kesan pelbagai faktor alam sekitar terhadap kandungan fitokimia dalam Kacip Fatimah yang juga merupakan waktu terbaik untuk menentukan “indeks penuaian metabolit sekunder tinggi”.

Dalam amalan perubatan tradisional, daun Kacip Fatimah direbus bersama dengan ramuan herba lain dan campurannya diminum atau digunakan untuk mandi.

Bagaimanapun, herba yang hidup meliar ini terdedah kepada kepupusan akibat eksploitasi secara berleluasa seperti yang terjadi kepada Tongkat Ali, walaupun begitu, ia masih boleh diselamatkan dengan penanaman secara domestik berskala besar.

Malahan, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan kapsul Kacip Fatimah (untuk kegunaan semasa dan selepas bersalin) juga kebanyakannya diperolehi dari hutan.


Penanaman
  1. Kacip fatimah dapat membiak dengan 2 cara:
  2. Melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).
  3. Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yuran Keahlian

Ahli


- RM50

- Seumur hidup

- Diskaun 20% setiap pembelian

- Free kad keahlian

- Free 1box Bellyna Hot Lady Secret


Pengedar


- Wajib beli 10 item - boleh campur2

- Diskaun 30% - Pembelian kedua dan seterusnya (wajib 10item)

- RM50 untuk daftar AHLI untuk diskaun 20% jika beli kurang 10 item ( tak daftar ahli tak boleh diskaun 20% untuk pembelian kurang 10 item)



## siapa nak tambah pendapatan meh kita bincang

## nanti kita update lg